MENTAKAB 29 Dis – Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM telah menggerakkan mobilisasi bantuan banjir di sekitar Mentakab dan Temerloh, Pahang.
Sebanyak 126 karton air minuman telah diedarkan di beberapa kawasan seperti Kg. Batu Kapur, Pusat Pemulihan semula Banjir SMK Seri Semantan dan Kg. Semantan, Temerloh.
Mobilisasi pergerakan dibantu sepenuhnya oleh Sdr. Husyin Abd Murat, Pengerusi MBD Temerloh. Turut sama membantu badan gabungan MBD Temerloh, KBBT Temerloh dan GPMS Pahang.
Rombongan mobilisasi turut mengadakan lawatan ke ruman Mantan Penolong Bendahari MBM, Sdr. Mohd Nazri Hashim di Taman Sagumpas, Mentakab.