MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mobile Saloon Multibeauty, peluang belia jana pendapatan dalam bidang kecantikan

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah menghadiri Program Mobile Saloon Multibeauty bertempat di Double Tree Hilton, Jalan Tun Razak bagi bersama-sama menyokong inisiatif dibawa oleh Angkasa Wijaya Internasional Sdn Bhd dalam menawarkan program menjana pendapatan melalui kerjaya melalui bidang kecantikan.

Para peserta berpeluang menjalani latihan sebagai jurusolek artis, latihan keusahawanan dan turut dibantu dana permulaan. Setiap peserta yang hadir juga menerima Sistem Iklan WIS Pro secara percuma bernilai RM249 di samping berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Hadir sama Datuk Syed Osman Mohamed, Naib Presiden MBM merangkap Pengerusi Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM dan Sdr. Mohd Fauzi Fadzil, Exco MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »