PAHANG |19 Januari – Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (MKBBT) telah berjaya menganjurkan Pesta Kebudayaan dan Kesenian, Tamizhar Thirunaal di SJKT Bentong dengan penyertaan pihak sekolah dan masyarakat India tempatan.
Di sebalik kekurangan dana, MKBBT masih lagi meneruskan tanggungjawab untuk mendidik para belia dan masyarakat tentang tradisi kebudayaan kaum India yang membentuk jati diri dan nilai.
Pesta dimeriahkan dengan pelbagai pertandingan seperti memasak Ponggal, mewarna, Thoranam, Kollam, pecah belanga dan ikat bunga.
Majlis penutupan disempurnakan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), saudara Jufitri bin Joha dan turut dihadiri saudari Ng Chor Eng, Exco MBM, saudara Fazril Salleh, Setiausaha Agung ABIM Pusat dan saudara Amir Rozaini Ahmad Rani dari Majlis Belia Negeri Pahang & Majlis Belia Daerah Bentong.