BENTA 7 Januari – Ekoran banjir besar baru-baru ini, team Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM telah turun padang ke Negeri Pahang yang melibatkan beberapa lokasi seperti Benta, Kuala Lipis, Kerambit, Temerloh dan Lanchang, Pahang.
Misi ini bertujuan melihat sendiri suasana dan mendapatkan informasi semasa keperluan mangsa banjir, laluan perjalanan dan gerak kerja yang perlu dalam membantu mangsa-mangsa bencana.
Hadir sama Exco MBM merangkap Ketua Mobilisasi Relawan MBM, Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi dan Sekretariat MBM.