Majlis Belia Malaysia dan Global Peace Mission kali ini bersama – sama dalam “Misi Belia Malaysia Untuk Rohingya” di Cox’s Bazar Bangladesh. Misi ini bermula dari 22 September hingga 27 September 2017. Di sana kami berkerja sama dengan NGO tempatan iaitu Ittihad Tulab Muslim Bangladesh (Persatuan Pelajar) di Cox’s Bazar Bangladesh.
Antara aktiviti sepanjang misi di Kem Muhajirin Rohingya ini ialah kami menyediakan “Food Pack” yang mengandungi 10kg beras, 1kg minyak masak, 1kg bawang, garam, lada dan 1kg potato untuk 300 keluarga. Kami juga membuat aktiviti “Dapur Untuk Rohingya” di mana kami sama-sama memasak, membungkus dan membuat pengedaran bersama-sama team Majlis Belia Malaysia, Global Peace Mission dan NGO tempatan.
Aktiviti-aktiviti lain misi ini ialah kami penyediaan “Hygiene kits” yang di dalamnya mengandungi tuala wanita, berus gigi, sabun mandi, pempers kanak-kanak dan beberapa keperluan harian mereka yang memberi manfaat kepada lebih 10,000 orang Muhajirin Rohingya di sana. Misi ini juga turut menyumbang Madrasah, Tiubwell (untuk mendapat bekalan air bersih), Tandas, Masjid dan Home Shelter untuk kegunaan Muhajirin Rohingya.
Dari pemerhatian kami dalam Misi Kemanuasiaan Belia Malaysia Untuk Rohingya ini, kami dapati kemasukan Muhajirin Rohingya semakin hari semakin bertambah di sana. Mereka masih memerlukan bantuan-bantuan keperluan harian seperti makanan, pakaian dan tampat perlindungan buat keluarga mereka.
Disediakan oleh,
Muhammad Sherhan Nizam Bin Abdul Aziz
Exco Majlis Belia Malaysia