MAJLIS BELIA MALAYSIA

Misi Keamanan Sejagat – Lawatan kepada Union of NGO in Islamic World (UNIW) di Turki

Pada 20hb Disember 2012, delegasi Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai oleh Sdra Mohd Sukor Mohd Yusoff telah mengadakan lawatan ke pejabat Union of NGO in Islamic World (UNIW). Delegasi MBM diraikan oleh Setiausaha Agung UNIW sendiri, Mr Ali Kurt yang merupakan seorang peguam.

Di dalam ucapan alu-aluannya, Sdra Mohd Sukor merakamkan ucapan ribuan terimakasih MBM atas kesudian UNIW menerima lawatan delegasi ini dan menyampaikan salam Saudara Mohd Maliki, Presiden MBM.

Beliau menerangkan tujuan utama lawatan MBM ini yang bertemakan “Misi Keamanan Sejagat” dijadikan kunci kepada ucapan alu-aluan beliau yang juga menyentuh matlamat misi untuk mempelajari dan mengenali secara terus keadaan dan situasi di Timur Tengah dab Turki ini secara dekat. Aktiviti-aktiviti yang terbabit adalah seperti kunjungan kepada Duta-duta Malaysia di setiap negara yang dilawati, dialog-dialog dengan pelajar (dan persatuan pelajar), pertemuan dengan NGO-NGO di negara berkenaan yang berkaitan dengan belia serta melawat tempat-tempat menarik.

Mr Ali Kurt memulakan ucapannya dengan ucapan penghargaan kepada delegasi MBM ini kerana sudi datang ke pejabat beliau dan juga negara Turki.

Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang baik sedia ada dengan Malaysia dan hubungan yang baik ini perlu dikembangkan juga dengan kerjasama yang berterusan antara NGO. Peranan Malaysia di dalam dunia Islam amat penting memandangkan kedua-dua negara ini adalah negara maju yang menunjukkan kekuatan dunia Islam. Ini adalah tanggungjawab kekhalifahan yang diwariskan oleh Rasululah SAW. UNIW yang merupakan Gabungan NGO Islam juga disertai beberapa NGO Islam dari Malaysia seperti ABIM, PKPIM, GPM dan beberapa NGO lagi.

Umat Islam perlu bangkit berikutan banyaknya tindakan-tindakan ‘double-standard’ yang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kepada negara Islam seperti Palestin, Syria Checnya, Selatan Thai dsb. Selagi umat Islam tidak bersatu, selagi itulah dunia Islam akan sentiasa dalam permasalahan dan penindasan.

Terdapat 3 faktor yang menghalang kesatuan umat Islam :-

1) Ketidakpedulian, Kemiskinan dan Perpecahan

2) Kelemahan pendidikan dalam setiap sektor

3) Usaha yang berkurangan untuk mencapai kejayaan

Selain daripada itu perlu mengukuhkan diri dengan kefahaman Islam, sains moden dan tasawwuf.

Umat Islam perlu memperbaiki usaha demi kesatuan umt bersama dan MBM perlu mengambil inisiatif ini bersama-sama. Semua NGO yang bersama dengan usaha perlulah sentiasa konsisten dan perjuangan yang lestari. Beliau juga memuji MBM kerana berjaya mengamalkan sikap tolerans dan persefahaman dalam organisasinya, dikuatkan dengan kehadiran 3 delegasi non-muslim dalam lawatan ini.

Beliau juga mengalu-alukan sekali lagi kedatangan delegasi ini ke Istanbul yang merupakan bandaraya yang dihasilkan daripada tamadun Islam – peninggalan sains dan kekhalifahan. Beliau amat berharap iktibar dapat diambil daripada kesan-kesan sejarah di sini.

Beliau ingin berkongsi sedikit permasalahan kurun ini seperti yang dinyatakan oleh Bediuzaman Said Nursi;

1) Kehilangan harapan

2) Kehilangan nilai kebenaran

3) Kehilangan persahabatan

4) Keseimbangan spiritual antara sesame umat semakin pudar

5) Pemerintahan kuku besi (despotism)

6) Hidup secara berseorangan

Beliau berharap delegasi ini akan mencapai matlamat lawatan mereka ke Istanbul, Turki dan menikmati sajian-sajian pelancongan yang ada di Istanbul.

Satu soalan telah ditanyakan oleh Sdra Chan Chee Yong berkaitan koloborasi UNIW dan MBM dalam merealisasikan Keamanan Sejagat.

Mr Ali Kurt memaklumkan bahawa langkah pertama ialah komunikasi/penyampaian maklumat keamanan kepada semua manusia – hari ini maklumat disekat dan disalahtafsirkan. Selain itu, melaksanakan program yang berkaitan dan merangkumi pelbagai bangsa dan agama seperti projek Mavi Marmara.

Program lain yang berkaitan untuk mencapai keamanan sejagat boleh dianjurkan bersama dan yang berkaitan seperti Urustadbir Kerajaan yang baik dan Permasalahan/Isu Kekeluargaan. Criteria utama program ini harus mempunyai nilai dan makna. Keamanan sejagat ini bersesuaian dengan peribahasa Turki, “Musim bunga bukan hanya dengan sekuntum bunga tetapi musim bunga biasanya bermula dengan sekuntum bunga”

Program ditangguhkan pada pukul 12 tenghari.

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »