HULU LANGAT 25 Dis – Alhamdulillah, terima kasih kepada semua Relawan belia dan NGO gabungan 150- 200 orang menyumbang masa dan tenaga membantu kerja-kerja membersih kediaman mangsa banjir di Taman Sri Nanding dan Batu 18 di dalam Misi Jejak Kasih Mangsa Banjir. Ini adalah misi kedua kali tim MBM dan NGO turun ke lokasi banjir bagi kerja-kerja pembersihan.
Antara sukarelawan yang terlibat Yayasan Ammirul Ummah, MBM, Gerakan Belia Sikh Malaysia, Institut Pendidikan Guru, UNISEL, Team OKU, RIDERS dan Gabungan NGO Relawan Untuk Malaysia dari seluruh Negara.
Turut sama Naib Presiden MBM, Sdr. Sherhan Nizam Abdul Aziz dan Exco MBM, Sdr. Faiz shuhaimi.
Semoga kita diberi kesempatan bersama dalam misi seterusnya.