MAJLIS BELIA MALAYSIA

Misi Jejak Kasih Asnaf dan OKU Pahang 2021

KUANTAN 13 Feb – Banjir besar yang melanda beberapa buah negeri telah mendapat perhatian banyak pihak dalam menghulurkan bantuan dan sumbangan.

Prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa terutamanya golongan asnaf dan oku, Yayasan Ammirul Ummah dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM), Masjid Al-Mubarakah, Taman Bukit Cheras, RIZQ Halal Mart Kajang dan Pertubuhan PEWARIS-OKU Selangor Putrajaya telah menghantar bantuan dan sumbangan yang telah dikumpul sejak dua minggu yang lalu ke beberapa kawasan di Kuala Bera dan Kuala Triang serta Kertau Seberang Chenor, Pahang.

Konvoi bantuan yang bergerak seawal jam 7 pagi pada 13 Februari 2021 dari Gombak dengan kekuatan 7 kenderaan telah membawa beberapa barangan seperti kerusi roda, makanan asas, selimut, bantal serta toto dan pakaian ibadat berjaya diserahkan kepada penerima khususnya golongan asnaf dan oku seramai 200 orang.

MBM berharap dengan bantuan yang disalurkan, dapat membantu meringankan sedikit bebanan kepada para asnaf serta golongan OKU yang terkesan akibat banjir yang melanda negeri Pahang baru-baru ini. Terima kasih kepada para penyumbang serta rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin kepada mereka yang ditimpa ujian.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »