PITAS 6 Feb – Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Sabah, Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pantai Barat Utara dengan kerjasama Kelab Belia Kampung Ranggul telah mengadakan Program Misi Belia Prihatin 2019.
Program ini merupakan isiatif kepimpinan belia untuk membantu meringankan beban mangsa banjir di daerah Pitas ini. Penyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada mangsa banjir telah diadakan di Dewan serbaguna Kampung Ranggul, Pitas dan disempurnakan oleh Sdr Ahmad Farid Sainuri, Presiden MBS, Sdr Hasnul Hanif Harun, Setiausaha Agung MBM, Sdr Azwan Marjan Naib Presiden MBM. Sdr Abdul Manan Kimin. Turut hadir Mohd Syami Firdaus bin Yusuf wakil belia Kampung Ranggul sebagai penyelaras program.
Sekurang-kurangnya 30 buah keluarga dari 2 buah kampung yang terjejas dengan musibah ini iaitu Kampung Ranggul dan Kampung Kemiri.