BUKIT BERUNTUNG 13 Jun – Relawan Majlis Belia Malaysia (RM) dengan kerjasama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan MyFundAction meneruskan misi mobilasi bantuan dengan mengadakan program “Misi Bantuan Kemanusian Rezeki Sinar Syawal” iaitu sumbangan bakul makanan kepada 200 buah keluarga terpilih di Apartmen Kenanga, Taman Bunga Raya di sini.
Program berlangsung di Dewan Rukun Tetangga Apartment Kenanga disempurnakan oleh Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Turut hadir Sdr. Hasnul Haniff Harun Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Naib Presiden MBM, Sdr. Mohd Faiz Suhaimi dan Sdri. Kavita Maheendran, Exco MBM.