Misi Bantuan Kemanusiaan Beliawanis MBM ke Pantai Timur yang diketuai oleh Pn Wan Salwati Hj Abdullah,Naib Presiden MBM mengsasarkan dua buah negeri yang paling teruk dilanda banjir iaitu Terengganu dan Pahang.
Semenatara itu, berpusat di Wisma Belia Pahang, Bandar Indera Mahkota – misi ini disertai lebih kurang 200 orang sukarelawan pada hari pertama. Wisma Belia Pahang ini telah menjadi pusat operasi angkat MBM untuk mobilisasi sukarelawan. Usaha ini telah dibantu oleh Badan-badan gabungan MBM seperti ABIM,4B,Pengakap,MAYC dan banyak lagi dengan Majlis Belia Negeri Pahang sebagai tuan rumah. Kerjasama yang baik dari Persatuan Radio Amatur Pahang dan Kelab Pacuan 4 Roda (Defender Xperience Malaysia)telah mempermudahkan komunikasi dan logistik.
Pelbagai jenis barangan keperluan asas berupa makanan, air minuman, pakaian, penjagaan diri dan barangan bayi sumbangan orang ramai telah disalurkan kepada mangsa-mangsa. Turut ditubuhkan Pusat Pengumpulan Sumbangan NGO yang menguruskan pengagihan dan penghantaran bekalan ke pusat pemindahan banjir di sekitar Bandar Kuantan.
Penyertaan sukarelawan dari pertubuhan belia,mahasiswa dan orang perseorangan telah menunjukkan keprihatinan dan kesungguhan golongan muda terhadap musibah yang dihadapi oleh orang lain.
Mangsa banjir yang ditempatkan di Wisma Belia Pahang telah diserikan dengan kehadiran Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bersama pemain bola sepak pasukan Negeri Pahang pada sebelah petang. Pada sebelah malam pula, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah melawat mangsa mangsa banjir dan memberikan sokongan moral kepada mereka. MB Pahang juga telah melawat pusat pengumpulan sumbangan dan melihat proses perjalanannya.
Melalui kerjasama Persatuan Radio Amatur Negeri Pahang, tinjauan mereka mendapati jumlah pusat pemindahan mangsa banjir di sekitar Bandar Kuantan telah pun mencecah 45 buah dan jumlah mangsa banjir adalah sekitar 38,000 orang.