BANGI 22 Jan – Proses pemunggahan barang sumbangan Misi Bantuan Bencana Banjir (M3B) selamat berjalan. Sebanyak 5 tan pek sumbangan telah dikirimkan untuk diedar kepada mangsa dan komuniti terlibat banjir di Pekan, Pahang dan Pasir Mas, Kelantan.
Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) mengetuai misi ini bersama Sdr. Faiz Suhaimi, Ketua Relawan MBM dan Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik MBM.
Turut hadir Sdr. Wan Emril Wan Embong, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang dan Sdr. Fitri, Pengerusi Majlis Belia Daerah Pekan.
Proses pengagihan barang berlangsung pada 23 Januari 2021 dan telah selamat diedarkan. Program ini diinisiatifkan bersama Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan Muda (KAGUM) dan Kelab Sukarelawan Al Hijrah Kota Warisan. Sambutan menggalakkan daripada penyumbang di Sepang dan Lembah Klang amat dihargai.