MAJLIS BELIA MALAYSIA

MISI BANTUAN BANJIR JOHOR 2020

PONTIAN 28 Jun – Relawan Majlis Belia Malaysia dibawah Majlis Belia Malaysia (MBM), dengan kerjasama Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ), Majlis Belia Daerah Pontian dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pontian telah mengadakan Misi Bantuan Banjir Johor 2020.

Sebanyak 300 pek bungkusan makanan keperluan asas dan kit cegah Covid-19 telah diagihkan kepada Pejabat Penghulu Mukim dan mangsa-mangsa banjir meliputi 10 buah mukim di kawasan Pontian.

Turut sama dalam misi tersebut ialah Sdr. Salleheen Mohamad Presiden MBNJ, pimpinan belia MBD Pontian, Penghulu Mukim serta Ketua Kampung. MBM diwakili oleh dua orang Sekretariat bersama lima orang pegawai MVM telah bersama dalam misi tersebut. MBM mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kerjasama yang telah sama-sama membantu menggerakkan misi ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »