HULU LANGAT 5 Nov – Program Mobilisasi Misi Bantuan Banjir telah diadakan di Taman Sri Nanding, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Lubuk Kelubi Hulu Langat.
Lebih 150 buah rumah dapat menerima bantuan barangan berbentuk Air mineral, Roti, Sedikit Barangan Dapur, Biskut, Air kotak dan Sayur-Sayuran. Pagi ini akan diteruskan untuk membantu 100 rumah di Bangi Lama.
Mobilisasi Misi Bantuan Banjir ini digerakkan oleh Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Yayasan Food Bank Malaysia dengan Kerjasama Kelab Belia Habib Bangi, Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Selangor, Gerakan Belia 4B Hulu Langat, Gerakan Belia 4B Serdang, Pertubuhan Belia Masjid Selangor, Pertubuhan Belia Sg Makau, PEPIAS Hulu Langat, Kelab Belia Ampang Tasik dan GPMS Serdang.
Tahniah Saudara Sherhan Nizam Abdul Aziz (Naib Presiden MBM merangkap Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat & Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan) selaku Ketua Misi Bantuan Banjir Hulu Langat dan Semua Sukarelawan yang menggerakkan misi ini.