GUA MUSANG 19 Julai – Relawan Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) telah mengadakan Program Mobilisasi Bantuan Kemanusiaan Misi Banjir Kelantan, Gua Musang.
Misi ini dilaksanakan dengan kolaborasi Relawan MBM, Majlis Belia Jajahan Gua Musang, MAYC dan Muslim Volunteer Malaysia (MVM).
Terima kasih kepada Pengerusi Tetap MBM, YB Mohd Syahbuddin Hashim merangkap DUN Galas, Exco MBM Sdr. Mohd Hakimi Mat Hussin serta pimpinan Majlis Belia Jajahan Gua Musang dan MAYC Gua Musang atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Mobilisasi Bantuan Banjir Kelantan di Gua Musang.
Seramai 104 orang keluarga yang terkesan akibat banjir kilat yang berlaku-baru ini diberikan pak makanan asas dan sanitasi diri.
Hadir sama Exco MBM, Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi yang juga Ketua Relawan MBM.