Minggu Media Sosial 2016 yang telah berlangsung pada 8 hingga 10 Mac bertempat di kampus Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya yang dihadiri peserta-peserta dari pelbagai Negara. Media sosial tidak lagi hanya sekadar perhubungan sesama rakan dan keluarga tetapi kini telah meluas kepada bentuk perniagaan yang menjana pendapatan. Membina perhubungan jangka masa panjang adalah perkara paling penting dalam dunia pemasaran melalui media sosial. Dengan pasaran yang semakin meningkat kandungan menjadi lebih kreatif dan ringkas. Interaksi adalah jantung kepada Media Sosial dan Media Sosial adalah jantung kepada Internet. Mewujudkan impian di media sosial adalah sebuah matlamat, kandungan kuat dan penglibatan kuat membantu anda mencapai matlamat.
Bagi ahli perniagaan yang menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran utama, peraturan pertama untuk berbuat demikian adalah memastikan akaun laman sosial sentiasa aktif dan kerap dikemas kini. Hubungan dengan pengikut akaun media sosial perlu diwujudkan terlebih dahulu. Perkara ini dapat dilakukan dengan cara meletakkan style atau gaya isi kandungan yang dekat dengan masyarakat. Pakar media sosial, Kirsten Jassies pula menasihatkan agar mereka yang mahu menggunakan laman media sosial secara efektif dalam strategi pemasaran, agar memilih satu platform terlebih dahulu.