Batu Gajah, 11 Oktober 2015 – Seramai 100 peserta dari pelbagai IPTA diseluruh negara antaranya Kolej TAJ, UniKL MITEC, UniKl MIMET, UniKL MSI dan Insitut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh menghadiri Kursus Kepimpinan Skuad MiB 300 yang telah diadakan selama tiga hari bermula 9 – 11 Oktober 2015 di Institut GPMS, Changkat Larang, Batu Gajah.
Diketuai oleh Sdr. Mohd Fazreen Ismadi Bin Fauzi sebagai Kem Komander dan Sdr. Irwan Shah Bin Bangsawan sebagai ketua fasilitator. Program ini bertujuan melahirkan seorang pemimpin yang berkeyakinan dengan kebolehan diri dalam mendepani cabaran pada masa akan datang.