KUANTAN 4 Mac – Sdri. Nurliana Muhammad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan Majlis Belia Malaysia (MFREN MBM) telah meneliti proses penubuhan Koperasi Anak Muda dan myOKU Berhad bersama pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Pahang.
Usaha ini rentetan mempromosi dan membantu golongan belia dan OKU dalam membentuk ekosistem sokongan efisyen dalam keusahawanan negara.
Inisiatif ini untuk memperkasakan koperasi dalam kalangan generasi muda dan Usahawan OKU.