MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Youth For Unity Committee bincang agenda gerak kerja perpaduan

DALAM TALIAN 17 Nov – Telah berlangsung Mesyuarat Bersama Jawatankuasa Belia Untuk Perpaduan (Youth For Unity Committee) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Biro Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan bagi membincangkan gerak kerja yang telah dilaksanakan di bawah biro ini di samping pembentangan beberapa kertas cadangan. Mesyuarat ini diadakan secara dalam talian (Google meet).

Jawatankuasa Belia Untuk Perpaduan adalah jawatankuasa khas yang diwujudkan di bawah Biro Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan MBM yang memfokuskan agenda perpaduan di kalangan masyarakat terutamanya golongan belia.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sdr. Muhammad Ghazali Othman, Pengerusi Youth For Unity Committee dan Sdr. Lim Swee Bok, Pengerusi Biro Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan MBM.

Turut hadir sama dalam mesyuarat ini Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »