Dalam Talian | 15 Februari – Mesyuarat tiga hala antara Kementerian Perpaduan Negara, UCSI University dan MBM telah diadakan secara maya. Agenda-agenda mesyuarat ini termasuk membincangkan Sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia (WIHW) 2022 dan penganjuran bengkel pembangunan fasilitator dalam kalangan Sekretariat Rukun Negara (SRN) menggunakan modul keamanan dan perpaduan yang dibangunkan oleh The Blue Ribbon Global sebagai rujukan.
Majlis Belia Malaysia diwakili oleh Sdr. Thai Ming Yeow, Felo Penyelidik, dan Sdr. Eow Shiang Yen, Setiausaha Jawatankuasa Khas Perpaduan, Integrasi Nasional, dan Kepenggunaan.


