Kuala Lumpur | 9 Januari – Mesyuarat terakhir Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Belia Malaysia (MBM) kali ke-9 bagi sesi 2022-2024 telah berlangsung hari ini bertempat di Seri Pacific Kuala Lumpur.
Agenda mesyuarat memfokuskan kepada Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MBM kali ke-73 yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri esoknya.
Selain itu, turut dibincangkan berkenaan kuota pimpinan borneo dan wanita dalam MBM, Yayasan Belia Malaysia dan lain-lain.
Presiden juga membuka ruang kepada semua Exco menyampaikan ucapan sebelum mesyuarat dan sesi ini berakhir.
Presiden dalam ucapannya memberitahu, kepimpinan MBM sesi ini sudah melakukan pelbagai transformasi berkaitan tatakelola pentadbiran, pengurusan dan mewarisi MBM dalam keadaan yang baik, tersusun selain mewujudkan Visi MBM 2048.
Berbaki setahun lagi sebelum Akta 668 berkuatkuasa, MBM perlu fokus dengan gerak kerja kepimpinan agar proses transisi berlaku dengan baik.
Sebelum menutup mesyuarat pada jam 5.40 petang, beliau menawarkan diri untuk mengekalkan jawatan Presiden.
Hadir sama Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani, Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial, Bahagian Pembangunan Belia, JBSNegara.


























