MAJLIS BELIA MALAYSIA

MESYUARAT TERAJU BERSAMA PEMIMPIN NGO (BUMIPUTERA)

PUTRAJAYA 21 Januari – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan (MFREN) telah menghadiri mesyuarat bersama Pengerusi TERAJU yang baru dilantik, YB. Dato Sri Mustapha Mohamad di Bangunan TERAJU di sini.

Mesyuarat dengan tema “Halatuju Usahawan Bumiputera Meneraju Ekonomi Membangun” ini dihadiri seramai 45 orang terdiri daripada presiden dan wakil NGO Bumiputera.

Sesi 30 minit pertama dimulakan dengan suai kenal dan ucapan tahniah kepada YB. Dato Sri Mustapha Mohamad “TokPa”.

Sesi kedua pemimpin-pemimpin NGO diberi peluang mengemukakan pandangan, idea dan juga isu-isu yang dihadapi oleh pemain industri terutamanya rakyat terhadap ekonomi sekarang.

Antara isu-isu yang dibangkitkan :

1) Isu harga bahan binaan untuk hartanah termasuk pemain industri hartanah yang menaikkan harga sesuka hati;

2) Peruncitan harga-harga barangan tidak stabil, banyak monopoli bangsa bukan Bumiputera dan bangsa asing, pemantauan dan hak keistimewaan sebagai Bumiputera kurang diambil perhatian.

3) Cadangan mewujudkan satu agensi khas untuk ekonomi Bumiputera supaya pembelaan, pemantauan serta perhatian khusus untuk usahawan serta pemain industri Bumiputera.

4) Peranan Wanita juga perlu dititikberatkan dalam menjayakan industri, supaya diberi hak sama rata dalam kepercayaan dimana peluang-peluang yang diberikan terhadap usahawan² wanita.

5) Proses keputusan dari pihak berwajib (Kerajaan) terlalu lambat, membuatkan projek-projek yang dibincangkan bersama pemain Industri tergendala, tiada keputusan khusus seolah-olah tidak peka dan tidak mengambilkira dari sudut untung rugi serta keberkesanan, risiko apabila kelewatan membuat keputusan.

MBM yang diwakili Sdr. Mohd Syafiq Jaafar (Biro MFREN) membangkitkan isu-isu berikut:

– Isu Perumahan: Berkenaan untuk meRUMAHkan para belia, kerana isu peringkat muda untuk membeli rumah syarat yang dikenakan agak ketat dan tinggi sehinggakan hanya mampu menyewa sampai mati, cadangan untuk melonggarkan syarat seperti memberi perhatian khusus kepada golongan belia yang telah mempunyai kerjaya tetap untuk memiliki rumah.

– Isu Kerjaya: Cadangan agar TERAJU serta pemain Industri yang hadir bekerjasama dengan MBM untuk membimbing golongan belia serta berkongsi peluang-peluang kerjaya, yang mana isu golongan belia menganggur selepas grad agak tinggi.

– Isu Budaya Usahawan: Cadangan TERAJU memberi perhatian khusus kepada belia yang menjadikan usahawan sebagai kerjaya kedua dengan perhatian lebih khusus terutama zaman sekarang banyak bidang-bidang teknologi, media sosial dan aplikasi yang boleh menjana pendapatan sampingan. Ini kerana bidang ini tidak perlu ada kelulusan tinggi tetapi cukup sekadar bimbingan dari sudut kemahiran.

Mesyuarat berakhir jam 11.20 pagi dengan pengerusi merumuskan dimana beliau memaklumkan semua isu-isu yang disampaikan telah direkod dan akan ditangani sebaiknya. Beliau juga mengalu-alukan sebarang pandangan lain boleh diemel terus kepada TERAJU demi kebaikan halatuju masa depan bumiputera.

Image may contain: 3 people, people standing

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »