DALAM TALIAN 8 Sep – Telah berlangsung mesyuarat teknikal program Sekolah Pemikiran Za’ba yang akan dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia bermula Oktober 2021.
Sebanyak 7 hingga 10 siri sesi akan dijalankan melibatkan kumpulan penyelidik dan penceramah daripada IPT dan MBM sendiri. Program ini anjuran JK Pendidikan MBM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) dan beberapa rakan strategik.
Ini merupakan sebahagian usaha pendidikan MBM bagi menyemai perubahan minda dan cara berfikir yang lebih kritis dan maju dalam kalangan belia sebagaimana yang acapkali dilaungkan oleh Pendeta Za’ba.
Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Naib Presiden MBM mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Program. Turut bersama Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik MBM.