DALAM TALIAN 30 Sep – Sempena pelaksanaan Sekolah Pemikiran Za’ba anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, satu Mesyuarat teknikal persiapan program ini telah diadakan secara dalam talian.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Naib Presiden MBM. Turut sama Sdr. Muhammad Hanapi Jamaludin, Felo Pejabat Presiden MBM dan wakil Sekretariat MBM.
Inisiatif untuk membumikan sumbangan dan gagasan Pendeta Za’ba kepada anak muda melalui program ini mendapat kerjasama baik daripada Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut Peradaban Melayu, UPSI.
Sekolah Pemikiran Pendeta Za’ba bertujuan mendekatkan pemikiran Tokoh ini sebagai ilmuan besar yang banyak berjasa kepada peradaban negara untuk perhatian golongan muda. Sekolah Pemikiran Pendeta Za’ba adalah siri kelas bermodul yang khusus mengupas sumbangan pemikiran Tokoh ini dalam pelbagai tema. Intinya untuk memahami buah fikiran tokoh ini secara terstruktur dan sistematik.
Program ini akan bermula 𝟮 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟬 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟭