MAJLIS BELIA MALAYSIA

MESYUARAT TEKNIKAL DI ANTARA MBM DENGAN PEJABAT NAIB CANSELOR UMP

KUALA LUMPUR 21 Februari – Mesyuarat teknikal dua hala di antara Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan Pejabat Naib Canselor (NC) Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah diadakan bagi membincangkan persiapan Syarahan Diraja UMP Peringatan Sultan Haji Ahmad Shah pada Jun 2020.

Turut diperbincangkan program sesi Town Hall MBM bersama pimpinan mahasiswa dan mahasiswa UMP pada bulan April ini di Kampus UMP Pekan.

Hadir sama Ketua Penyelidik Pejabat NC UMP, Encik Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain; Timbalan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMP, saudara Muhammad Syahiruddin Mohd Sabri; dan tokoh Oku saudara Rashidi Abdullah.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »