PUTRAJAYA 6 Julai – Selaras pengumuman YB Menteri Belia dan Sukan berhubung inisiatif Skuad Sukarelawan pemantau harga barang Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Malaysia (MBM), satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan dalam membantu memantau dan melaporkan isu kenaikan harga barang kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
MBM telah dihadiri oleh Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Exco MBM, Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi.
Objektif gerakan Skuad Sukarelawan tersebut adalah berperanan sebagai “mata dan telinga” kepada pihak kerajaan dalam memastikan kepentingan pengguna adalah dilindungi serta terpelihara.