DALAM TALIAN 28 Dis – Telah berlangsung Mesyuarat Sinergi Bantuan Pasca Banjir di pantai timur melibatkan KBS, Majlis Belia Malaysia (MBM) dan rakan-rakan strategik NGO secara dalam talian.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.
Perbincangan dimulakan dengan pembentangan situasi banjir terkini oleh wakil-wakil pimpinan belia setempat yang terjejas.
Hasil mesyuarat telah mencapai kata putus berkenaan penyelarasan gerak kerja bantuan-bantuan kepada mangsa banjir yang akan digerakkan pada kadar segera.
Turut sama Sdr. Mohd Izham Ahmad, Bendahari Kehormat MBM dan Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM.




