Dalam Talian | 6 Februari – Telah berlangsung mesyuarat penyelarasan program setiausaha badan gabungan dan bersekutu Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui aplikasi zoom.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.
Antara perkara dibincangakan adalah mengenai penyelarasan program diperingkat negeri dan daerah bagi memastikan segala aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih efektif.
Selain itu, tawaran kerjasama daripada beberapa agensi juga dikongsikan sebagai ruang untuk membantu belia-belia diperingkat akar umbi.