PUTRAJAYA 2 Oktober – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah menghadiri Mesyuarat Program Inspirasi Anak Muda (I AM) yang dipengerusikan oleh YB. Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang berlangsung di Menara KBS.
Mesyuarat ini diadakan bagi mendapatkan makluman terkini berkenaan status program di tujuh (7) buah negeri yang terpilih di Malaysia.
Program I AM adalah sebuah program yang komprehensif dalam menambahbaik program terdahulu (PADU) bagi memastikan segala usaha bagi mengurangkan gejala sosial di kalangan anak muda tercapai.
Program ini adalah inisiatif KBS bersama MBM dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).