Dalam Talian | 25 September – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan MPAT kali ke-69 secara dalam talian untuk kali pertamanya.
Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan. Mesyuarat telah disertai oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM dan dipengerusikan oleh YB Mohd Syahbuddin Hashim, Pengerusi Tetap MBM.
Seramai 393 orang perwakilan terdiri daripada Exco, Dewan Tertinggi dan Badan-Badan Gabungan MBM layak menyertai MPAT MBM kali iniMPAT merupakan perhimpunan keluarga besar MBM bagi membincangkan dasar, hala tuju dan pembangunan generasi belia negara ini.
MBM mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh para perwakilan yang telah menjayakan MPAT kali ini walaupun secara maya.