DALAM TALIAN 12 Jan – Mesyuarat Penyelarasan Training of Trainer (ToT) bagi program Tunas Madani: Transisi Kepimpinan Belia 2025 telah diadakan secara dalam talian.
Seramai 10 orang Master of Trainer telah mengikuti mesyuarat ini bagi membincangkan gerak kerja program ini yang dijangka akan diadakan sepanjang tahun 2025 secara 3 fasa.
Program anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) ini sebagai satu inisiatif penting untuk melatih belia melalui kemahiran kepimpinan yang diperlukan bagi menghadapi cabaran semasa dan masa depan.
Dengan pelaksanaan pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 668), umur belia ditetapkan sehingga 30 tahun menjelang 2026.
Turut sama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Pembangunan Bakat dan Sdri. Nur Nuriffah Atiqah Ismail, Exco MBM yang juga Timbalan Pengerusi jawatankuasa ini.




