KUALA LUMPUR 20 Jan – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Skim Perantisan Nasional (SPN) yang dipengerusikan oleh Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Ketua Penerangan MBM. Turut bersama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.
Mesyuarat disertai oleh beberapa barisan Exco MBM yang terlibat, Sdr. Ahmad Shah, Sdr. Mohd Hakimi, Sdri. Nurliana Muhamad, Sdri. Kavita Maheendran, Sdri. Ng Chor Eng dan Sekretariat MBM.
Perbincangan diadakan bertujuan menyusun gerak kerja bagi mengumpulkan para peserta untuk menyertai SPN yang dianjurkan oleh KBSMalaysia. Program ini adalah salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu golongan belia yang mencari pekerjaan dan juga membantu para majikan.
MBM terus komited dalam membantu para belia bagi memastikan mereka tidak terlepas dengan peluang yang ada.