PERAK 1 Ogos – Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Program Rintis Pertanian BUDS Negeri Perak bersama jurulatih, urus setia dan para peserta secara dalam talian (online).
Program yang dirancang akan dilaksanakan pada 9 hingga 23 Ogos 2021 di daerah Kuala Kangsar dengan mengambilkira saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan sekiranya Negeri Perak dapat beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara.
Mesyuarat diselaraskan oleh Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM).