KUALA LUMPUR 23 Mei – Mesyuarat Penyelarasan Program Pembangunan Usahawan Belia Kelantan “Projek Rintis Pertanian BUDS” telah diadakan secara maya yang diselaraskan oleh Sdr. Ahmad Shah Mohamad, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM).
Projek ini anjuran bersama MBM dan HRDF dengan kerjasama Majlis Belia Kelantan dengan sokongan Kerajaan Negeri Kelantan.
Terima kasih MBK di bawah pimpinan YDP Sdr. Hafizul Nizam Abdullah. Turut hadir sama Encik Nasir Abd Rahman, pegawai khas kepada YB Exco Pertanian Negeri Kelantan.