PUTRAJAYA 9 Julai – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin Felo Penyelidik Pejabat Presiden MBM telah menghadiri mesyuarat penyelarasan Program Khas Kursus Pentadbiran dan Kepimpinan Alumni Malaysia Future Leaders School (MFLS) di Menara KBS.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Abu Zarin Abu Hasan, Penolong Pengarah Kanan Kluster Kepimpinan Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD).
Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai slot latihan program yang akan diuruskan oleh MBM dengan memberi latihan kepada para belia khususnya mengenai pembangunan belia.