KUALA LUMPUR 21 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Team Peneraju Skil dari Yayasan Peneraju (YP) telah mengadakan mesyuarat kemaskini dan penyelarasan Program Intervensi Pra Pekerjaan Untuk Penerima Faedah Peneraju Skil (Kesinambungan PROKENS).
Delegasi ini diketuai Encik Ahmad Syaffiq Ismail, Pengarah Bersekutu Pengurusan Program & Penyampaian Perkhidmatan dan Encik Reeza Fadzlee Abdul Hamid, Pengarah Bersekutu, Perolehan Strategik serta pegawai YP.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Sdr. Muhammad Abu Kadir Mubarak Ali, Penolong Setiausaha Agung MBM. Pelbagai perkara telah dibincangkan antaranya status terkini jumlah peserta, pertambahan peserta, tentatif program dan pelbagai idea dan maklumat penambahan baik yang telah dilakukan dari masa ke semasa sepanjang program intervensi ini berjalan.