MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Penyelarasan Program Bahagian Pembangunan Belia bersama MBM

PUTRAJAYA 11 Jan – Majlis Belia Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program Bahagian Pembangunan Belia bersama MBM Bil.1/2024 bertempat di Menara KBS di sini.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, JBSNegara.

Pimpinan MBM yang hadir Naib Presiden, Sdr. Khairul Azman Azeez; Setiausaha Agung, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Bendahari Kehormat, Sdr. Mohd Izham Ahmad; Exco MBM, Sdr. Ismail Mahyuddin dan Sekretariat MBM.

Mesyuarat membincangkan mengenai perancangan dan penyelarasan program di antara MBM dengan pihak KBSMalaysia antaranya Majlis Perundingan Belia Negara, Hari Belia Negara dan sebagainya.

Hadir sama Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani, Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial, Bahagian Pembangunan Belia dan pegawai-pegawai JBSN.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »