KUALA LUMPUR 27 Julai – Telah berlangsung mesyuarat penyelarasan penganjuran Dialog dan Bengkel Pengamal Kerja Belia yang bakal dianjurkan bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan i-LEAD.
Mesyuarat secara dalam talian ini dipengerusikan oleh Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha dan disertai wakil-wakil negeri dan badan gabungan.
Mesyuarat bersetuju memutuskan :
1) Tarikh Dialog Pengamal Kerja Belia pada 2 Ogos 2021 secara dalam talian
2) Tarikh Tarikh Bengkel Pengamal Kerja Belia :
a) Zon Utara 14 – 15 Ogos
b) Zon Tengah 21 – 22 Ogos
c) Zon Selatan 28 – 29 Ogos
d) Zon Pantai Timur 4 – 5 Sept
e) Zon Borneo – Tarikh sedang dikenalpasti
3) Konvensyen Pekerja Belia sempena Minggu Kerja Belia Antarabangsa, minggu ke-2 November 2021.