PUTRAJAYA 16 Jun – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Syed Osman Mohamed telah menghadiri mesyuarat penyelarasan Pelancaran Program myGIG Secara Virtual yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Hjh Hatipah Ibrahim.
Majlis pelancaran secara virtual ini dijangka diadakan pada 23 Jun 2020 menggunapakai aplikasi zoom dan dipancarkan secara live di facebook kbsmalaysia.
Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha akan menjadi moderator dalam majlis pelancaran yang dilakukan oleh YB Menteri Belia dan Sukan bersama YB Menteri Komunikasi dan Multimedia.