PUTRAJAYA 12 Feb – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri mesyuarat penyelarasan mobilisasi sukarelawan belia di pusat-pusat penyuntikan vaksin (PPV) seluruh Negara.
Seramai 5,000 sukarelawan akan dimobilisasi secara bersama KBS – MBM bagi menjayakan agenda vaksin negara ini.
Sukarelawan bakal dilindungi insuran, kelengkapan keselamatan dan sekuriti sosial.
MBM diwakili Presidennya Sdr. Jufitri Joha, Setiausaha Agung Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Penolong Setiausaha Agung, Sdri. Atiqah Syairah Shaharudin.