DALAM TALIAN 5 Sep – Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Program Literasi Media Kreatif (LMK) dihoskan Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN). Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani, Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial, JBSN.
Mesyuarat membincangkan mengenai gerak kerja terkini program LMK yang akan diadakan dalam bulan September 2021. Program zon utara, tengah dan borneo ini melibatkan penyertaan belia-belia dari majlis belia negeri dan daerah serta pegawai-pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah.
Berbeza dengan pelaksanaan 2 siri program sebelum ini, cabaran kali ini ianya bakal dilaksanakan secara dalam talian.
Hadir sama Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah dan pegawai-pegawai JBSN.