KUALA LUMPUR 23 Jun – Mesyuarat Penyelarasan Kursus Organisasi (KPO) 2021 kali-3
telah diadakan secara dalam talian antara Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Bahagian Pembangunan Belia melalui Cawangan Pembangunan Kepimpinan, Kementerian Belia dan Sukan.
Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan sesi pertama KPO pada 29 hingga 30 Jun 2021 dengan melibatkan peserta daripada kategori Felo NGO, direkodkan terdapat 180 orang Felo NGO yang berdaftar bersama MBM buat masa sekarang maka empat siri KPO melibatkan Felo NGO akan diadakan dengan penyertaan 40 untuk satu siri.
Sesi KPO bersama Felo NGO ini merupakan percubaan pertama KPO 2021, justeru penambahbaikan modul dan pengisian akan dilakukan selepas selesai percubaan pertama ini. Mesyuarat akan bersidang pada 25 Jun 2021 untuk memuktamadkan modul sebelum dilangsungkan.
Mesyuarat disertai oleh Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Timbalan Presiden MBM dan Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiauasaha Agung MBM.