Dalam Talian | 8 Februari – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai Mesyuarat Penyelarasan Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) yang telah dipengerusikan oleh Encik Hasnata bin Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Turut serta dalam mesyuarat tersebut, wakil -wakil pimpinan Majlis Belia Negeri dan badan gabungan MBM.
Kembara JOM merupakan sebuah program yang akan dilaksanakan bagi tujuan menyediakan platform kepada pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Pejabat ROY, pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi awam/swasta atau belia secara umum untuk mendapatkan pandangan berkaitan Pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) & Pindaan 2019 (Akta A1602) termasuklah Pelan Transisi Belia.
