MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat penyelarasan kali pertama Pertandingan Tarian dan Karnival Makanan Malaysia bersama MAHB

ATAS TALIAN 9 Okt – Telah berlangsung mesyuarat penyelarasan kali pertama Penganjuran Pertandingan Tarian dan Karnival Makanan Malaysia bersama pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) selaku rakan penganjur secara atas talian (Zoom).

Mesyuarat dipengerusikan oleh Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Ismail Mahyuddin merangkap Ketua Penyelaras Program.

Pertandingan ini bakal diadakan pada Januari 2024 bertempat di KLIA Sepang.

Hadir sama Puan Hariyati Tumiran, Unit Komunikasi Korporat MAHB dan penyelaras teknikal, Sdri. Saridah Mohd Sahid.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »