KUALA LUMPUR 18 Jun – Mesyuarat Penyelarasan Pasca Covid-19 telah diadakan yang disertai oleh Sdr. Syed Osman Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusawanan MBM (MFREN), Sdri. Nurliana Muhammad, Timbalan Pengerusi MFREN bersama Penasihat MFREN, Puan Azizah Mohamad Ibrahim.
Antara perkara dibincangkan antaranya gerak kerja dan peranan MBM melalui MFREN yang perlu menjuarai isu belia kini terutama dalam isu ekonomi belia, gig economy dan keusahawanan.
Di samping itu juga MBM adalah sebagai platform utama dalam menyebarkan peluang dan ruang kepada golongan belia dalam menghadapi krisis pasca Covid-19.