PUTRAJAYA 29 September – Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Fairos Rusli telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Induk Program Idea Bina Negara: Anak Muda Keluarga Malaysia di Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Jabatan Perdana Menteri.
Program ini akan berlangsung pada 4 Oktober 2022 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam melibatkan kehadiran YAB Perdana Menteri.
MBM merupakan rakan strategik bersama beberapa kementerian, jabatan, agensi berkepentingan dalam menjayakan program ini.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JKOM, Dato Dr. Zuraidi Ishak.
Hadir sama Pegawai Khas (Belia) kepada YAB Perdana Menteri, Encik Afifi Mohd Aris.