Bangi | 23 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri mesyuarat penyelarasan Himpunan Malaysia bersama Palestin yang telah diadakan di Hotel Tenera Bangi, Selangor.
Mesyuarat telah mengumpulkan beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi penganjuran bersama himpunan ini.
Hadir dalam mesyuarat tersebut, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.
Himpunan Malaysia bersama Palestin dijangka akan diadakan pada 24 Oktober 2023 jam 6.30 petang di Axiata Arena Bukit Jalil.








