KUALA LUMPUR 5 September – Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Naib Presiden MBM telah menyertai mesyuarat penyelarasan Sekretariat Mahasiswa MBM.
Mesyuarat ini disertai wakil-wakil pimpinan mahasiswa dari Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Majlis Perundingan Persada Kebangsaan.
Ini merupakan usaha mensinergikan belia siswa ke dalam MBM agar suara belia lebih kuat. Sekretariat ini dikoordinasikan oleh Sdr. Jurais, Pengerusi Majlis Pengakap Kelana Negara