DALAM TALIAN 23 Jan – Sempena Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang 2 Penggal Ke-33 Sesi 2021-2022 yang akan berlangsung tidak lama lagi, satu mesyuarat penyelarasan gerak kerja dan update dari biro pelaksana Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diadakan secara dalam talian.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Cawangan Pembanguan Sosial Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN), Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani.
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia JBSN, Dr. Zainah Shariff dan pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan.
MBM diwakili Sdr. Ismail Mahyuddin dan Sdri. Ng Chor Eng, Exco MBM merangkap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Biro MPBN dan Parlimen Belia bersama Sekretariat MBM.
Program sehari ini diadakan pada 26 Januari 2023 yang akan dipengerusikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.