MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Penyelarasan Gerak Kerja Kesukarelawanan antara MBM bersama Yayasan KRU

DALAM TALIAN 16 Ogos – Telah berlangsung mesyuarat penyelarasan gerak kerja kesukarelawanan antara Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Yayasan KRU bagi membantu golongan belia B40 dengan latihan khas menceburi keusahawanan digital dan perdagangan elektronik.

MBM dan Yayasan KRU telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) “Kita Jaga Kita” untuk menjayakan agenda ini bersama AEON pada 24 Mac 2021 yang lalu di Cyberjaya.

Mesyuarat turut diperkenalkan dengan Relawan Untuk Malaysia, Sukarelawan Yayasan KRU, Relawan Majlis Belia Malaysia dan Persatuan Belia Industri Kreatif (Bekreatif MY) dan beberapa persefahaman gerak kerja telah dicapai.

Mesyuarat juga setuju mempromosikan lagu tema “Kita Jaga Kita” : https://youtu.be/MORuP7Wq578

Yayasan KRU diwakili sendiri oleh pengerusinya Dato’ Norman Abdul Halim dan MBM diwakili oleh Presidennya, Sdr. Jufitri Joha, Exco MBM Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi dan Sdri. Kavita Maheendran.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »